Saturday, March 5, 2011

On my way.... ;-)

Alhamdulillah...

Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT yang hampir menunaikan impian ku untuk ke Krabi Island.. Itu semua rezeki daripada-Nya. Kebetulan ada company trip untuk Sales Staff dan ada pula kekosongan kerana ada yang menarik diri. Peluang itu telah aku gunakan bersama sahabatku Khofifah untuk mencuba nasib kami di dalam undian cabutan siapa yang dapat pergi ke Krabi bagi mengisi tiga kekosongan itu. Dalam undian tersebut aku dan Khofifah terpilih. Walaupun pemilihan itu mungkin akan mengecewakan nama2 lain yang turut terlibat dalam pengundian, aku yakin keputusan telah pun dibuat dengan adil dan saksama. Ya Allah, sekiranya ini adalah rezeki kami, permudahkanlah ia untuk kami. Aku dan Khofifah telah pun pergi ke pejabat imigresen membuat passport kami semalam..Hehehe...

Diharap percutian kali ini dapat memberi ketenangan dan kegembiraan yang aku harapkan. InsyaAllah..Krabi..here I come!!!

1 comment:

  1. :) Syukran to both of u!!
    slmt bercuti ke krabi. jgn lupe snap pic byk2. n ole2 utk ana k.

    ReplyDelete