Friday, February 19, 2010

Kisah Cuti Tahun Baru Cina

Hai. Bertemu lagi. Macam-macam hal telah terjadi sepanjang cuti CNY yang baru saja berlalu ni. Ada yang best, ada yang buat aku 'tension' habis. Yang menariknya, kakak ipar aku dah bersalin malam raya cina tu. Jadi aku dah ada 2 org anak saudara..Hehe..Dua2 perempuan.

Tapi yang tak berapa best tuh tayar kete aku pecah pada subuh hari sabtu ketika aku dalam perjalanan balik ke rumah mak ayah aku. Aku pun tak tau ape yang aku langgar sbb gelap. Aku dengan adik aku mase tu, kebetulan aku baru lepas ambik dia kat Puduraya.. Pecah teruk tu sampai kena tukar tayar baru..Huhu..Dahla tengah bulan kena byr mahal lak tu..Cian aku..Cuti nak hepi2 last2 x hepi pn. Nasib baik ada kedai tayar yang bukak lagi. Al-maklumla nak raya cina ni semua kedai nk tutup cuti panjang. Dan tokey tu pulak kenal aku, dapatla diskaun sikit. Melepas aku nak beli kasut dengan beg untuk pegi keje.

Tapi ada hikmahnya semua tu berlaku, dapatla aku rehat je kat rumah masa cuti, jangan pegi merayau ke mana2..Dapat tengok tv, main game..haha..itula antara aktiviti yang aku kdg2 nk buat tp ada je halangan kalau dah penat balik keje tu. Oklah..sume org kat dept aku dh balik. Takut pulak tinggal sorang2 ni walaupun ada org lain kat dept lain yang belum jemu buat keje smpai tak nak balik. Hehe.. Bubbye!

P/S: Entah bila la dapat tengok teater kat Istana Budaya..Hmm...