Saturday, March 5, 2011

On my way.... ;-)

Alhamdulillah...

Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT yang hampir menunaikan impian ku untuk ke Krabi Island.. Itu semua rezeki daripada-Nya. Kebetulan ada company trip untuk Sales Staff dan ada pula kekosongan kerana ada yang menarik diri. Peluang itu telah aku gunakan bersama sahabatku Khofifah untuk mencuba nasib kami di dalam undian cabutan siapa yang dapat pergi ke Krabi bagi mengisi tiga kekosongan itu. Dalam undian tersebut aku dan Khofifah terpilih. Walaupun pemilihan itu mungkin akan mengecewakan nama2 lain yang turut terlibat dalam pengundian, aku yakin keputusan telah pun dibuat dengan adil dan saksama. Ya Allah, sekiranya ini adalah rezeki kami, permudahkanlah ia untuk kami. Aku dan Khofifah telah pun pergi ke pejabat imigresen membuat passport kami semalam..Hehehe...

Diharap percutian kali ini dapat memberi ketenangan dan kegembiraan yang aku harapkan. InsyaAllah..Krabi..here I come!!!

Tuesday, March 1, 2011

Angan2 ku...

Alhamdulillah...lega betul rasanya selepas dapat menyelesaikan beberapa 'assignment' yang mendebarkan...hehehe..konon2 lah...! Menjelang final exam yang bak kata orang putih tue "just around the corner" aku tengah blur2 lagi dengan masalah M ni...Harap2 dengan semangat berkobar2 dalam minggu ni aku akan mula buat notes macam dulu2...Dalam pada tu ada dua assignment lagi je yang perlu disiapkan..Harap2 semua berjalan lancar. Ditambah pulak dengan angan2 nak pergi Krabi..mcm la akan tercapai..nak pergi tengok bunga sakura kat Jepun pun tak sampai2 lagi..Huhu...sedey..:'( Tengok gambar ni..cantiknye Lunta island kat Krabi...Laut yang biru..ade kerusi bawah payung lagi..

Sekarang ni aku tak sabar2 tunggu filem Hikayat Merong Mahawangsa tu keluar panggung...Nak gi tengok dengan kengkawan...tenangkan diri dan fikiran sebelum exam menjelang..Nak gi tengok teater pn lambat lagi..awal bulan April kot..Oklah, jumpe lagi nanti..harap2 ada pic menarik nk letak kat sini nanti. Tengah survey tempat menarik nak pegi ni..Bubbye!!