Friday, July 1, 2011

Kembara perjalanan..2

Seminggu selepas balik bercuti aku kembali sibuk dengan tugasan di pejabat. Pada penghujung minggu pula aku diminta menjadi pengapit kepada teman zaman sekolahku dahulu.. Rasa gembira sangat sebab dapat berkenalan dengan keluarga dia yang peramah. Tiga hari masa aku dihabiskan di rumah dia membantu membuat persiapan mana yang patut. Bila tengok dia bersanding, rasa teringin pula aku nak kahwin juga tapi perasaan itu hadir sekejap sahaja. Bagiku, jodoh pertemuan ditentukan oleh Allah SWT. Mungkin belum tiba lagi giliran aku. Jadi bergembiralah melihat teman2 ku gembira. Yang bestnya masa kenduri ni bila nak ambil gambar...Cantik sangat latar belakang dan suasana majlis itu sendiri. Hehehe...

Kembara perjalanan..1

Ia merupakan satu jangka masa yang lama untuk aku berpeluang menulis kembali. Sibuk betul aku ni...(kononlah)...hehe...Selepas exam yang lepas aku telah pergi bercuti ke Pulai Krabi, Thailand. Company trip la katakan. Sungguh cantik tempat percutian tersebut. Inilah kali pertama aku bercuti ke luar negara. Percutian empat hari tiga malam itu telah diisi dengan aktiviti menyelam di pulau2, mandi laut, melawat tempat2 menarik di pulau Krabi dan juga membeli-belah di sepanjang pantai Aonang. Pulau Krabi ni sangat sesuai dijadikan tempat percutian bulan madu bagi pasangan yang baru atau yang telah lama berkahwin. Pastinya aku akan pergi sekali lag kesana satu hari nanti. InsyaAllah... Cuma yang pasti, tempat percutian impian aku yang perlu ditunaikan dulu. Dah lama simpan impian ni.. Hehehe..