Friday, January 29, 2010

Mencari sinar...

Hmm..minggu ni tak la sibuk macam minggu lepas. Cuma macam2 telah terjadi sepanjang minggu ini. Apakah ADIL apabila niat ikhlas kita untuk bersahabat di salah erti oleh orang? Kenapa ada orang yang berkawan dengan kita sekadar untuk menghilangkan BOSAN? Kehidupan ni memang pelik dan rumit. Apabila kita ikhlas berkawan, ada pula yang berdengki dan sudahnya ia menjadi perbalahan. Sebaliknya pula kalau kita tak suka pada seseorang, ada sahaja yang sibuk mengapi-apikan untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Bagi aku, pengalaman ditipu teman yang aku percaya adalah sesuatu yang amat menyakitkan sebab aku berpegang kepada kepercayaan dan keikhlasan dalam sebuah persahabatan. Kerana aku sendiri seboleh-bolehnya tidak mahu ada penipuan dalam apa jua keadaan. Tapi apakan daya, nasi dah pun menjadi bubur. Peristiwa ini telah menjadi pengajaran yang amat berguna pada aku untuk tidak terlalu percaya pada orang walaupun teman baik kita sendiri. Sebelum ni aku tak percaya pada orang yang tak berapa rapat tapi kini orang yang rapat dengan kita sebenarnya lebih mudah untuk menikam kita daripada belakang.

Hidup ni ibarat putaran roda. Mungkin waktu ini dia berada di atas dan gembira mentertawakan kesedihan kita tapi kita harus ingat, Allah swt sentiasa memperhatikan kita. Jadi, berwaspadalah dengan segala tindak tanduk kita. Kita tak tahu apa yang menanti kita di masa hadapan. Jumpa lagi..

P/S: Nak jumpa seseorang...

No comments:

Post a Comment